PENTERNAKAN

LEBAH KELULUT/KELULUT
Foto by:-google

Madu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah.Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis.Rasanya masam sedikit berbanding madu lebah.Lebah ini penting sebagai agen pendebungaan di hutan-hutan dan kebanyakan spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain.Lebah kelulut atau kelulut sahaja (penternak juga digelar meliponini) ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu.Dianggarkan hampir 500 spesis kelulut terdapat di seluruh dunia.Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia, seperti Australia,Afrika, Asia Tenggara,dan kawasan tropika Amerika.







Sarang 
Foto by :-google

Kotak haif yang mengandungi koloni trigona itama.
Lebah kelulut telah mengalami evolusi dengan pelbagai bentuk sarang dan kelakuan pemakanan berbeza, mengikut setiap spesis.Semua kelulut membina sarang dalam sistem tertutup. Kelulut spesis Melipona dan kebanyakan spesis Trigona biasanya membuat sarang mereka di dalam geronggang tunggul kayu atau dahan pokok, dan sesetengah di dalam rongga di dalam tanah atau sarang peninggalan tikus atau parrot.Spesis lain pula tinggal di dalam sarang semut atau sarang anai-anai.Kebanyakan spesis mempunyai tempat-tempat tertentu membuat sarang. Contohnya Trigona thoracica selalu dijumpai membuat sarang di geronggang pohon rambutan,manggis dan durian.
Bentuk sarang kelulut berbeza daripada sarang lebah madu. Lebah madu membina sarang kom lilin tergantung secara menegak. Sarang kelulut lazim dibina dengan kom eraman mendatar, dengan sel pembukaan di atas, di mana semua kasta muncul (lahir).
Bilik atau ruang eraman dikelilingi oleh dinding keselamatan diperbuat daripada lilin dan propolis digelar involkrum. Di luar involkrum, kelulut membina tempayan lilin lembut (berbentuk seperti telur) untuk penyimpanan madu dan debunga. Tempayan ini boleh bersaiz dari lima sehingga 40 milimeter tinggi. Bagi sesetengah spesis, tempayan madu dan tempayan debunga dipisahkan, manakala sesetengah spesis pula bercampuran.
Sarang kelulut mempunyai muncung yang ditutup oleh batumen, satu bahan istimewa diperbuat daripada campuran resin, lilin dan pelbagai bahan seperti lumpur, minyak, cat, dan kadang, najis haiwan. Ianya seperti propolis hitam dan gelap. Batumen boleh begitu kuat dan tebal dan melindungi koloni daripada air dan musuh.
Kelulut kerap melawat pokok yang mengeluarkan resin kerana mereka memerlukannya untuk pembinaan sarang. Kelulut mengangkut resin di dalam kantung debungan yang terdapat di kaki belakang. Sarang kelulut kaya dengan propolis berbanding dengan sarang lebah madu.

Geriak (lebah kelulut)
Sarang baharu tidak dihasilkan dengan geriak. Lebah kelulut menghasilkan sarang baharu dengan lebah pekerja menghabiskan masa membina sarang baharu di geronggang pokok. Apabila sarang tersebut hampir siap, ratu yang baru mengawan akan berpindah masuk bersama beberapa lebah pekerja baharu untuk menyiapkan sarang tersebut.Ratu baharu akan mula menelur selepas itu.

Geriak (lebah madu)
Foto by :- google

Satu pasukan geriak yang sedang ingin mendarat.
Geriak ialah satu kelakuan lebah madu apabila ratunya meninggalkan koloni lama bersama lebah pekerja membentuk koloni baharu.Pada geriak prima, hampir 60% lebah pekerja meninggalkan haif asal dengan ratu lama. Kerumunan ini boleh mempunyai ribuan hingga puluhan ribu lebah.
Foto by :- google

Kawanan lebah Apis mellifera ligustica pada batang pokok tumbang.
Foto by :- google

Kawanan lebah Apis mellifera ligustica pada Belalang Hitam.
Geriak selalunya berlaku pada musim bunga, di antara dua atau tiga minggu bergantung kepada iklim tempatan, tetapi geriak boleh berlaku sepanjang musim penghasilan. Geriak bermaksud pembiakan semula jadi koloni lebah madu.
Geriak kali kedua mungkin berlaku tetapi jarang sekali. Dalam proses geriak, koloni tunggal yang asal menghasilkan dua atau lebih koloni.

Kitar hidup
Kitar hidup kelulut berbeza daripada lebah madu. Di dalam sesebuah koloni kelulut, boleh terdapat dua atau lebih ratu bertelur.Ratu baru dihasilkan berkala,tetapi kebanyakan dibunuh dan tidak sempat menghasilkan telur. Sesetengah ratu mungkin dikurung dalam sel khusus. Penukaran ratu bertelur tidak berlaku setiap tahun. Sesetengah ratu boleh hidup untuk 3 hingga 7 tahun.
Ratu
Penghasilan ratu baru adalah dengan ratu kelulut bertelur pada sel yang mengandungi madu dan debunga. Sel tersebut telah diisi oleh pekerja.
Madu
Madu ialah sejenis manisan dihasilkan oleh lebah menggunakan nektar bunga. Madu yang dihasilkan oleh lebah dan serangga lain mempunyai sifat berlainan.
Lebah madu menukarkan nektar kepada madu melalui proses regurgitasi, dan menyimpan ia sebagai sumber makanan utama dalam lilin sel kom dalam haif mereka. Amalan ternakan lebah menggalakkan penghasilan lebihan madu di haif agar lebihan madu tersebut boleh dituai dari koloni.
Madu mendapat rasa manis daripada fruktosa monosakarida dan glukosa. Ia mempunyai rasa manis hampir sama dengan gula kasar.Ia mempunyai sifat kimia yang menarik sesuai untuk pembuatan roti, dan satu rasa tersendiri yang membuatkan sesetengah orang menyukainya berbanding gula dan pemanis yang lain.Kebanyakan mikroorganisma tidak hidup dan membesar dalam madu kerana kurangnya aktiviti air iaitu 0.6 dalamnya.Namun,madu kadang-kala terkandung endospora dorman bakteria Clostridium botulinum, iaitu berbahaya kepada bayi, kerana endospora itu boleh menukarkan bakteria penghasil racun dalam perut bayi tersebut, seterusnya menyebabkan sakit dan mungkin membawa kepada kematian.
Penggunaan madu dalam sejarah manusia sudah berlaku sejak dahulu kala lagi. Ia digunakan dalam pelbagai jenis makanan dan minuman sebagai pemanis dan (bahan) perisa.
Pelbagai jenis dan gred madu berada di pasaran. Madu juga digunakan dalam berbagai jenis perubatan tradisional bagi merawat penyakit. Kajian debunga dan spora dalam madu mentah (melissopalinologi) dapat menentukan jenis sumber flora (bunga) madu tersebut dipungut.Oleh kerana lebah membawa cas elektrostatik, dan boleh menarik zarah-zarah, teknik melissopalinologi yang sama boleh digunakan untuk bidang kajian alam sekitar mengenai zarah radioaktif, debu atau pencemaran partikel bebas.

Madu Tempayan
Bekas yang akan digunakan oleh oleh lebah kelulut untuk menempatkan madunya. Setelah tempayan madu penuh diisi dengan madu, ianya akan ditutup oleh lebah kelulut
Khasiat
Madu kelulut – warnanya lebih jernih berbanding madu hutan biasa dan rasanya manis bercampur sedikit masam. Madunya mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik dan sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan.
Kajian mendapati madu mampu menjadi agen yang mampu membunuh bakteria.Ini kerana ketika lebah menyimpan madu dalam perut,akan terhasil satu protein digelar defensin-1 yang bertindak membunuh bakteria.Ia mampu merencat pertumbuhan bakteria dan ini membolehkan madu dijadikan sebagai agen perawat luka menggantikan bahan kimia seperti iodin. 
Kajian pembalutan madu (honey dressing) ke atas luka pesakit diabetes juga mendapati tiada perbezaan signifikan dengan cara pembalutan biasa menggunakan iodin.Ini menunjukkan pembalutan madu sesuai untuk dijadikan alternatif selain menggunakan cara dresing konvesional. Madu juga dapat memulihkan luka dengan cepat.
Kajian yang telah dijalankan di Mardi menunjukkan bahawa madu kelulut mempunyai nilai dalam perubatan tertentu. Kajian awal yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Mardi menunjukkan asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetika adalah di antara bahan utama yang telah berjaya dikenal pasti dalam madu kelulut. 
Bahan-bahan ini tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas dan kehadirannya dalam madu kelulut memberikan jumlah keseluruhan sebanyak g/g berat kering. Asid fenolik bebas merupakan bahan aktif yang boleh bertindak sebagai antikanser dan antioksidan dan bahan ini lebih mudah diserap dalam tubuh manusia berbanding bahan aktif lain seperti flavonoid

Kualiti madu
foto by :- google

Hanya 23% madu yang dijual di tepi jalan Malaysia didapati tulen.
Amat sukar untuk mengenal pasti ketulenan sesuatu madu di pasaran kerana madu berbeza kandungan air di dalamnya bagi setiap kawasan di dunia ini terutamanya madu Eropah dan madu Asia. Madu Eropah dikatakan lebih pekat berbanding madu Asia terutamanya dari Malaysia kerana faktor cuaca di mana Malaysia menerima taburan hujan lebih banyak berbanding di Eropah.Namun begitu, terdapat beberapa cara mudah untuk mengenalpasti sama ada sesuatu madu itu tulen atau tidak (seperti dalam gambar rajah).
Pengguna dinasihatkan membeli madu daripada pembekal madu yang boleh dipercayai sahaja agar tidak tertipu.

Propolis

Propolis adalah sejenis bahan yang dibuat oleh lebah yang kebiasaannya dijumpai dalam sarang

foto by :- KelabLebahKelulut

Sarang kelulut dibina daripada propolis.

Propolis terbentuk daripada bahan resin yang diambil lebah dari pohon yang mengandungi getah seperti dari tunas pokok, sirap pokok, atau sumber botani yang lain.Lebah kelulut kemudian diproses sehingga membentuk propolis, bahan yang berwarna hitam, kuning atau coklat tua di sarang lebah kelulut.. Ia digunakan sebagai pengapan ruang terbuka di dalam haif. Propolis digunakan untuk ruang kecil (anggaran 6 milimeter atau kurang), sementara ruang besar dipenuhi dengan lilin lebah.       
Warnanya berbeza bergantung kepada sumber botani dan warna yang biasa adalah perang gelap. Propolis melekit apabila melebihi 20 °C. Apabila dalam suhu rendah, ia menjadi keras dan murah rapuh. Propolis berfungsi sebagai antibakteria 1.5 – 2 kali ganda lebih berbanding propolis lebah apis. Dalam propolis mempunyai beberapa bahan aktif seperti flavonoid, fenolik hidroquinon, tannin, triterpenoid dan gula produksi.
Propolis lebah kelulut dengan konsentrasi 8.2 peratus mampu menghalau pertumbuhan empat jenis bakteria iaitu Staphylococcus aureus, Bacillus subtilis, Escherichia coli dan Pseudomonas aeruginosa. Propolis lebah kelulut dibuat ubat kumur dan diberikan kepada 92 pesakit yang menderita radang gusi, hasilnya 87 peratus pesakit sembuh. Propolis boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet.

Resin
Foto by :-google

Serangga terperangkap di dalam resin.
Foto by :-google

Resin atau Damar ialah rembesan hidrokarbon kebanyakan tumbuhan, terutamanya pokok konifer. Resin juga boleh dianggap sebagai getah yang dirembeskan oleh pokok. Resin dinilai untuk sifat kimianya dan berkaitan penggunaannya, seperti penghasilan varnis, bahan pelekat dan agen pelicauan makanan. Ia juga bernilai sebagai sumber bahan mentah untuk sintesis organik, dan antara bahan di dalam dupa dan minyak wangi. Resin fosil daripada pokok kuno membentuk ambar.

Lilin lebah
Foto by :-google

Kek lilin lebah.
Lilin lebah ialah lilin semula jadi dihasilkan di dalam haif lebah madu. Kandungannya terkandung ester lemak asid dan pelbagai rantai panjang alkohol.
Sedikit jumlah lilin lebah digunakan untuk penggunaan perisan dan makanan, dan boleh dimakan kerana boleh disamakan dengan keracunan lilin tumbuhan tidak boleh hadam. Walau bagaimanapun, monoester lilin dalam lilin lebah kurang dihidrolisis oleh perut manusia dan mamalia. Ini menyebabkan ia tidak mempunyai nilai pemakanan yang penting.
 Roti lebah
Foto by :-google

     Roti lebah ialah debunga yang banyak dikumpulkan oleh lebah kelulut kepada bentuk granul dengan tambahan madu atau nektar. Ia dijumpai di dalam sel eraman (brood cell) yang dibentuk oleh lebah pekerja. Ianya biasanya diberikan kepada anak kelulut yang baru menetas supaya ia menjadi lebah kelulut yang matang. Rasanya masam dan teksturnya berdebu. Roti lebah dipercayai mengandungi khasiat yang banyak.
Meliponikultur
Penternakan kelulut digelar sebagai meliponikultur. Kelulut boleh diternak daripada koloni liar sama seperti lebah lalat.Penternak menggunakan pelbagai jenis bentuk haif mengikut kesesuaian sesuatu koloni kelulut. Ada yang terus dari tunggul kayu, kotak haif, atau gabungan kedua-duanya.
Terdapat pelbagai jenis teknik penternakan kelulut. Ini berdasarkan faktor setempat. Di Malaysia terdapat dua jenis seni bina haif bagi membela kelulut iaitu haif 'topping' dan kotak haif.Setiap seni bina mempunyai kelebihan dan kelemahannya tersendiri. Bagi haif 'topping', teknik ini diaplikasi dengan memotong tunggul atau batang kayu tempat koloni liar kelulut dijumpai. Kemudian kotak diletakkan di atas tunggul kayu itu. Teknik ini amat sesuai untuk kawasan yang panas kerana koloni tersebut masih lagi dibiarkan di dalam kayu. Kelemahan kaedah ini, penternak hanya dapat menuai madu sahaja berbanding teknik kotak haif.
Bagi kotak haif pula, memberi kemudahan bagi penternak untuk menuai madu, roti lebah dan propolis. Namun, teknik memindahkan koloni liar dari tunggul kayu ke dalam kotak memerlukan penternak mahir agar telur dan sarang kelulut tidak rosak semasa proses pemindahan dijalankan.

6 Tip Asas Sebelum Mula Menternak Kelulut Yang Anda Perlu Tahu

Sebelum memulakan penternakan lebah kelulut, adalah elok jika kita tahu apa perkara asas yang perlu kita buat. Ini agar mengurangkan kadar kegagalan kita menternak nanti terutama jika kita adalah penternak amatur.
1. Tahu perbezaan lebah kelulut dan lebah Apis
Terdapat perbezaan jelas antara spesis lebah kelulut dan lebah Apis. Terutama dari segi sarang yang kelulut dan lebah madu bina. Lebah kelulut membuat sarang berbentuk seperti tempayan. Manakala lebah Apis membuat sarang dengan bentuk heksagon. 
foto by : google


2. Kaji kawasan di mana penternakan akan dibuat
Tempat yang sesuai untuk diternak kelulut perlulah tempat yang kaya dengan pokok bunga. Pokok bunga tersebut perlulah pula kaya dengan nektar. Lihat senarai bunga untuk bunga-bungaan yang lebah kelulut hinggap.
Foto by :- google



3. Kaji spesis yang sesuai untuk diternak di ladang anda
Bukan semua spesis kelulut yang kita jumpa boleh diternak untuk madu. Ada juga yang diternak untuk menjadi agen pendebungaan. Apabila ada agen pendebungaan, pokok dusun seperti durian, rambutan, kelapa, langsat, dan lain-lain mampu menghasilkan buah sehingga 3 kali ganda. Bayangkan jika sebelum ini hanya ada sepuluh buah sepokok. Selepas membela kelulut, meningkat sehingga tiga puluh buah.

Jadi tahu spesis yang hendak kita ternak. Bagaimana? Tahu nama dan rupanya. Ramai yang main belasah sahaja nama kelulut. Perlu diketahui terdapat 89 spesis kelulut bertapak di Malaysia.Setiap nama kelulut ini ada nama saintifiknya. Secara umumnya, kelulut mewakili lebah tak bersengat yang menghasilkan madu (kata orang puteh Stingless bee). Tetapi kita perlu lebih khusus. Heterotrigona itama (sebut itama) dan Geniotrigona thoracica (sebut torasika) menjadi dua spesis yang diminati penternak kerana pengurusan menternak yang mudah dan penghasilan madu dan roti lebah yang banyak.


4. Cara proses produk lebah kelulut
Secara alami, kelulut menghasilkan tiga produk utama iaitu madu, roti lebah dan propolis. Setiap produk tersebut ada cara pemprosesan yang betul. Hal ini sangat penting kerana jika salah proses, madu tersebut boleh menjadi racun kepada pengguna. Ramai yang menuai madu kelulut tanpa alat yang betul. Apatah lagi dengan kadar kebersihan yang elok. Bayangkan jika makanan itu akan sampai ke mulut pengguna. Pastikan cara menuai madu kita betul. Kebersihan adalah yang utama.

5. Pemasaran produk kelulut dan produk hiliran
Apakah sebab kita menternak kelulut? Adakah sebagai agen pendebungaan? Atau ingin mendapat produk kelulut seperti madu, roti lebah dan propolis? Jika yang terakhir itu menjadi matlamat, kita perlu tahu di mana perlu kita pasarkan produk ini. Setiap produk itu ada pasarannya jika kita bijak mencari.
Jangan lihat produk kelulut sekadar madu, roti lebah dan propolis sahaja. Tingkatkan diri untuk mempelajari juga produk hiliran lebah kelulut seperti membuat sabun, syampu, dan kapsul.


6. Berkunjung ke ladang penternak lain
Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Begitulah juga kita sebagai penternak. Rajin rajinkan diri menziarahi penternak lain. Kita bertukar ilmu kelulut. Lagi banyak kita kongsikan lagi banyak ilmu yang Tuhan akan berikan. Bukankah ia ibarat sedekah? Lagi banyak kita sedekahkan lagi banyaklah rezeki yang kita dapat.
Diharapkan dengan perkongsian asas ini, para penternak baharu mendapat idea bagaimana untuk menternak kelulut. 6 perkara ini bukanlah yang utama. Ia hanyalah perkongsian berdasarkan pengalaman,pembacaan dan pemantauan yang telah dibuat.



Cara-cara Mengumpan Lebah Kelulut

Kelulut liar sememangnya banya di persekitaran kita.Kelulut membuat sarang di celah-celah dinding simen dan di dalam lubang kayu seperti pokok mangga.
Memandangkan potensi yang tinggi dengan menternak kelulut maka terlintas difikiran untuk menjadikan kelulut-kelulut yang berkeliaran di sekitar kita sebagai titik permulaan hobi baru.
Tapi bagaimana cara untuk 'menjinakan' kelulut-kelulut yang berkeliaran itu?

Disini saya kongsikan cara-cara "menjinakkan' si kecil yang mampu menghasilkan 'gaji' yang lumayan kepada kita.
Cara-cara ini pernah saya pratikan hasil dari pencarian dan bacaan saya sendiri.
SEMOGA BERMANFAAT...

1.Teknik Kotak Haif
Foto by : Benjamin Agrygreeta @ #fb:-Min Ibanson
Sediakan sebuah kotak kayu.2 buah lubang ditebuk dengan angaran sebesar penutup botol cola sebagai luban ''in" dan "out".Saiz kotak yang saya sediakan 32cm x 38 cm(saiz kotak ni korang agak-agak je..Jangan pula terlalu besar atau kecil..

Foto by : Benjamin Agrygreeta @ #fb:-Min Ibanson

Bagi lubang "in",sambungkan dengan botol yang dipotong dua dan cantumkan kotak haif ke dinding simen dimana terdapat sarang kelulut.Pastikan corong sarang kelulut ditengah botol tersebut.

Foto by : Benjamin Agrygreeta @ #fb:-Min Ibanson
Tutup cantuman botol dan dinding simen dengan tanah liat supaya kelulut tidak dapat keluar melalui celah-celah botol tersebut.Ini akan menjadikan botol dan kotak haif sebagai laluan kelulut.Kalau boleh tutup celah-celah botol dan dinding tu dengan simen terus kerana tanah liat kurang sesuai..Tanah liat akan kering dan pecah ketika cuaca panas

Foto by : Benjamin Agrygreeta @ #fb:-Min Ibanson

Tutup kotak haif menggunakan plastik dan kayu supaya air hujan tidak masuk ke dalam.
Video teknik ini boleh anda lihat di ⟹ Teknik Kotak Haif

Teknik Kotak Haif ini saya ubah suai dari video yang saya tonton⟹Stingless Bees/Meliponiculture Part 2

SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA BERMANFAAT....


2.Teknik Botol



Foto by : Benjamin Agrygreeta @ #fb:-Min Ibanson
Saya menggunakan botol cola 1.5ltr.Mulut botol disambungkan dengan botol lain sebagai corong.

Foto by : Benjamin Agrygreeta @ #fb:-Min Ibanson

Bungkus botol menggunakan surat khabar atau lebih elok menggunakan kotak agar didalam botol lebih gelap.
Foto by : Benjamin Agrygreeta @ #fb:-Min Ibanson

Bungkus sekali lagi menggunakan pastik hitam seperti plastik sampah.Plastik hitam bersifat penolak haba agar suhu didalam botol todak terlalu panas.Ini juga mengelakkan air hujan merosakan kertas surat khabar atau kotak.simpan sedikit propolis yang telah dicairkan dengan alkohol(bukan arak),seperti etanol,sebagai umpan agar kelulut lebih cepat berpindah ke dalam botol

Foto by :- Benjamin Agrygreeta @ #fb Min Ibanson

Ikat pada kayu dengan corong menghala ke bawah.Pacak berdekatan dengan corong sarang kelulut.Hasil dari teknik ini akan dapat kita lihat dalam tempoh 3 bulan

Teknik ini juga sesuai untuk mengumpan kelulut liar yang bersarang di dalam pokok.



Foto by : google

Setelah berjaya mengumpan kelulut liar membuat koloni di dalam botol,sekali lagi kita akan membuat pemindahan koloni ke dalam kotak haif agar kita dapat menuai madunya kelak.Pemindahan koloni ini perlu dibuat dengan berhati-hati supaya tidak merosakan koloni asal.

Video ini menunjukan kelulut liar mula mengerumuni sarang baru.Lihat⟹Kelulut Liar Mengerumuni Botol

SELAMAN MENCUBA DAN SEMOGA BERMANFAAT 


3.Teknik Cantuman Botol

Teknik ini lebih kurang sama dengan teknik botol.Cuma hujung botol akan menjadi laluan masuk kelulut liar,manakala mulut botol akan menjadi laluan keluar.
                                                     Foto by :- Benjamin Agrygreeta @ #fb Min Ibanson
Hujung botol yang sudah di potong kita cantumkan sahaja ke dinding simen dimana terletaknya corong sarang kelulut liar.Cantuman pula ditutup dengan tanah liat atau lebih elok menggunakan simen

 Foto by :- Benjamin Agrygreeta @ #fb Min Ibanson
Gambaran kelulut liar melalui botol


Ini ialah video kelulut liar yang mula melalui botol tersebut.Lihat⟹Kelulut Liar Melalui Botol

Ketiga-tiga teknik ini telah saya pratikkan dan masih dalam pemantauan saya.Saya akan mengemaskini blog ini dari masa ke masa.niat saya hanya ingin berkongsi ilmu dengan orang-orang yang berminat.

SELAMAN MENCUBA DAN SEMOGA BERMANFAAT




























Tiada ulasan:

Catat Ulasan